REDAC USM BERUSAHA BANTU UMK

UMK Januari 2014a

PULAU PINANG, 8 Januari 2015 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia membantu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dilanda banjir baru-baru ini.

Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi bin Zakaria berkata sesuai dengan kepakaran yang ada, REDAC sedang merangka cadangan yang bersesuaian untuk membangunkan Fasiliti Pengurusan Air Larian (Stormwater Management Facilities) di Kampus UMK Pengkalan Chepa setelah kajian kebolehlaksanaan dibuat.

"Saya telah meninjau kampus UMK siang tadi bertemu pihak UMK dan kami memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian dari segi infrastruktur dan persekitarannya, namun secara umumnya kami dapat melihat keperluan perparitan yang lebih sesuai di luar kampus dan kolam tadahan dalam kawasan kampus namun perlukan kajian mendalam," kata Nor Azazi.

UMK Januari 2014b

REDAC adalah Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) Teras Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tambah Nor Azazi lagi, pihaknya bersedia membantu dari segi penyelarasan kepakaran teknikal pengurusan air larian yang mesra alam mengambil kira impak pembangunan terhadap alam dan persekitaran kesan dari pembangunan yang berlaku.

"Kami berusaha untuk memberikan cadangan pelaksanaan fasiliti air larian yang memberikan penyelesaian terkini terhadap masalah banjir, perparitan dan masalah-masalah yang berkaitan agar dapat mengurangkan kesan yang dihadapi terhadap manusia dan harta benda dengan pengurusan bersepadu yang lestari dan tidak membebankan," jelas Nor Azazi lagi.

Antara skop tugas yang dicadangkan ialah membuat kajian kejuruteraan dan geoteknik, analisis hidrologi dan hidraulik serta reka bentuk dan perancangan untuk pelaksanaannya bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.‚Äč - Teks: Mohamad Abdullah

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI