PPKEE SUMBANG 50 UNIT OSILOSKOP GOOD WILL KEPADA KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL

PPKEE photo 1

NIBONG TEBAL, 20 Disember 2016 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) telah menyumbang sebanyak 50 unit Osiloskop Good Will terpakai kepada Kolej Vokasional Nibong Tebal (KVNT) dalam satu majlis ringkas di sini semalam.

Dekan, PPKEE, Profesor Dr. Mohd Rizal Arshad dalam ucapannya berkata, aktiviti ini adalah sebahagian daripada khidmat universiti kepada masyarakat selari dengan salah satu agenda universiti untuk melihat program libat sama komuniti seterusnya menjadi sebahagian tanggungjawab dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.  

PPKEE photo 4

Menurut beliau, kesemua peralatan makmal terpakai ini masih berfungsi dengan baik dan berharap ianya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar KVNT.  

“Kita sumbangkan osiloskop analog ini kepada mereka kerana pengajaran-pembelajaran di universiti kini telah beralih kepada osiloskop digital seiring dengan perkembangan teknologi di industri”, katanya.

PPKEE photo 3

Sementera itu, Pengarah, Kolej Vokasional Nibong Tebal, Kamarulzaman Nayan dalam ucapan balas berterima kasih kepada USM, khususnya PPKEE yang telah menyumbangkan alatan tersebut.  

Beliau berharap ini adalah permulaan kerjasama di antara PPKEE dengan Kolej Vokasional Nibong Tebal dan akan terus menerokai peluang-peluang baharu untuk berkolaborasi demi perkembangan akademik kolej khususnya dan kemajuan pendidikan negara umumnya.

PPKEE photo 5

Peralatan terpakai lain yang turut disumbangkan ialah digital logic trainer berserta power supply (20 unit), multimeter analog (49 unit), PLC (3 unit) dan digital meter (14 unit), decade resistance box (88 unit) dan decade capacitance box (90 unit).

Turut hadir di majlis penyerahan ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Siswazah dan Jaringan), Profesor Dr. Mohd Fadzil Ain dan beberapa orang pensyarah kolej tersebut.

Teks & Foto: Rosni Hassan

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI