KUNJUNGAN AKADEMIK KMK KE KAMPUS KEJURUTERAAN

Artikel 3

NIBONG TEBAL, 17 Mac 2017 – Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan daripada Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) untuk kali kedua tahun ini selepas kunjungan pertama adalah pada tahun 2016.

 

Lawatan akademik yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dalam bidang Fizik kali ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai subjek kejuruteraan sebagai persediaan untuk mereka yang terlibat dalam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Selain daripada itu, lawatan akademik seperti ini juga akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh kepada pelajar akan bidang-bidang kejuruteraan yang berkaitan.

Kunjungan selama setengah hari ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa pusat pengajian seperti Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK AERO).

Seramai 36 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring terlibat dalam lawatan kali ini.

Artikel 2

Dekan PPKBSM, Profesor Dr. Zuhailawati Hussain melalui ucapannya menyatakan bahawa kunjungan akademik ke pusat pengajian seperti ini adalah sangat dialu-alukan.

“Malah kita sangat menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengetahui lebih lanjut akan Pusat-pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan terutamanya PPKBSM kerana bidang bahan dan sumber mineral adalah satu bidang yang masih kurang pendedahannya.

“Ini adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan bidang-bidang kejuruteraan yang lain. Oleh itu, peluang seperti ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk kita meluaskan lagi gambaran pelajar-pelajar ini akan kursus-kursus yang ditawarkan,” tambah beliau.

Artikel 1

Selain daripada PPKBSM dan PPK AERO, pelajar turut diberi peluang untuk bertanya soalan-soalan berkaitan kursus-kursus kejuruteraan yang ditawarkan USM dengan kehadiran wakil-wakil dari setiap pusat pengajian untuk sesi soal jawab yang dijalankan.

Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari selepas lawatan dan taklimat di Bangsal Kapal Terbang Pusat Pengajian Kejuruteraan Aroangkasa.

Teks: Siri Faizah Abd Halim / Foto: Norafiza Osman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI