LAWATAN: KUNJUNGAN UTHM KE REDAC USM

 DSC7177

NIBONG TEBAL, 21 April 2017 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar menerima kunjungan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Delegasi disambut oleh Pengarah Kampus yang juga merupakan Pengarah REDAC, Profesor Azazi Zakaria.
  DSC7152
Azazi melalui ucapannya ketika sesi taklimat ringkas REDAC kepada mereka yang hadir menyambut baik kedatangan pihak UTHM ke USM.
 
“Kita di USM sentiasa terbuka dengan kunjungan daripada agensi-agensi luar yang ingin berkongsi ilmu dan kepakaran,” kata Azazi.
  DSC7153
Selain daripada itu, beliau turut menyatakan sokongan REDAC kepada pihak UTHM dalam menerima calon pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang-bidang yang disediakan oleh REDAC.
 
“Kita mempunyai tenaga pakar yang dapat memenuhi kriteria untuk sesi pembelajaran dalam bidang ini.
 
“Malah, makmal-makmal disini berfungsi secara maksima serta juga berteknologi tinggi yang akan membantu pelajar dalam pengajian mereka,” tambah Azazi.
 
Mereka dari UTHM yang hadir adalah Dr. Mohd Azlan Mohd Yusoff, Dr. Mohd Shalahuddin Adnan, Mohd Baharuddin Redzuan, Mohd Ariff Ahmad Nazri, Alif Syazani Leman dan Mohamad Syamir Senin.
 
Delegasi turut dibawa melawat ke kawasan kajian dan selian REDAC di sekitar kampus sebelum lawatan berakhir.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI