USM DAN MASYARAKAT DI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI 1.0

 DSC8268

NIBONG TEBAL, 6 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) bersama masyarakat sekali lagi sepakat dalam bekerjasama melalui Program Khidmat Komuniti 1.0 yang bertempat di Sekolah Menengah Saujana Indah dan Sekolah Kebangsaan Saujana Indah.

Bertujuan untuk mengadakan khidmat komuniti bersama penduduk sekitar, program ini adalah hasil daripada usaha bersepadu antara mahasiswa serta kakitangan universiti dengan anjuran bersama Pejabat Pengarah Kampus, Sekretariat Sukarelawan Kampus Kejuruteraan serta Kelab Kebajikan Sukan Staf dan Kakitangan Kampus Kejuruteraan.
 
Malah, aktiviti ini juga turut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Transkrian, Komuniti 1 Malaysia dan Majlis Perbandaran Seberang Perai Selatan.
 DSC8294 
Melalui aktiviti penyelenggaraan yang dijalankan ketika program berlangsung pula, sekolah-sekolah yang terlibat dibaikpulih secara bersama bagi memberi keselesaan kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka dengan selesa di masa akan datang.
 
Aktiviti khidmat masyarakat ini juga adalah salah satu daripada pelbagai usaha USM khususnya Kampus Kejuruteraan untuk merapatkan hubungan antara USM dengan komuniti setempat agar keberadaannya di Nibong Tebal menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan kepada semua.
 DSC8384 
Melalui majlis yang sama, 50 keluarga berpendapatan rendah turut dipilih untuk menerima barang keperluan asas bagi meringankan beban keperluan harian mereka yang disumbangkan oleh kakitangan USM, JKKKP Transkiran, pihak sekolah dan komuniti setempat.
  DSC8355

 DSC8373
Selain daripada penyelenggaraan, aktiviti lain yang dijalankan adalah seperti gotong-royong untuk melupuskan perabot lama,mengecat sambil menceriakan sekolah dan baikpulih tandas sekolah oleh pasukan sukarelawan USM bersama-sama guru dan pelajar sekolah tersebut.
 
Program ini turut melibatkan penyertaan daripada kakitangan daripada Jabatan Pembangunan USM, Kampus Kejuruteraan dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
 
Teks: Mohd Nur Badri Mohd Nazli & Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI