LARIAN OBOR KL2017: PENGHORMATAN PENGARAH SEBAGAI PEMBAWA OBOR DAN KETERUJAAN WARGA KAMPUS KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2017 07 07 at 1.29.46 PM

NIBONG TEBAL, 6 Julai 2017 – Pengarah, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria diberi penghormatan khas sebagai salah seorang daripada pemegang obor untuk Larian Obor Kuala Lumpur 2017 sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017).

Larian yang bermula di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal Pulau Pinang dan berakhir di Dewan Merdeka, Parit Buntar, Perak ini merupakan sebahagian daripada tradisi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN semenjak ia berlangsung yang mana ianya adalah selari dengan tradisi sukan-sukan pelbagai acara dan negara di seluruh dunia.

Untitled 2Azazi yang mengetuai larian sejauh 200 meter ini menyatakan bahawa melalui penghormatan yang diberikan ini dapat dijadikan satu titik galakan kepada komuniti Kampus Kejuruteraan untuk mengamalkan gaya hidup aktif.

“Malah, saya amat berbangga dengan semua yang terlibat dalam larian kita pada hari ini kerana telah menunjukkan sisi positif USM melalui keterujaan serta semangat kesukanan yang telah ditunjukkan,” kata Azazi.

Beliau turut menyeru agar aktiviti sihat bersama komuniti luar sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dalam memastikan salah satu daripada objektif USM untuk memasyarakatkan universiti tercapai dan seterusnya memeriahkan lagi kampus Kejuruteraan.
 
“Maklum balas yang memberansangkan daripada jabatan-jabatan luar yang terlibat pada hari juga telah diterima di mana mereka menyatakan akan perasaan kagum dengan kita di USM yang telah bersemangat dalam menghantar sejumlah 170 orang penyertaan pada pagi ini,” tambah Azazi lagi.
Untitled 3Selari dengan tema Bangkit Bersama KL2017, larian ini memberi ruang bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam temasya sukan yang mementingkan perpaduan dan semangat kekeluargaan rakyat dan komuniti Asia Tenggara ini.

Selain daripada itu, ianya turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan secara simbolik kepada para atlet yang akan bertanding kelak.

Menurut salah seorang daripada peserta, Hermain Mohd Alipiah, 42, penyertaan USM dalam aktiviti seperti ini dapat membuka peluang kepada beliau untuk bersenam sambil bertemu dengan rakan-rakan daripada jabatan-jabatan yang berlainan.

“Selain dapat menyihatkan badan dengan larian sejauh 2.4 km ini, aktiviti ini juga memberi kesempatan untuk kami bertanya khabar sambil mengetahui akan perkembangan masing-masing yang jarang berjumpa walaupun bertugas di dalam kampus yang sama,” tambah kakitangan Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan ini lagi.
Untitled 1Secara keseluruhan, sebanyak 15 checkpoint terlibat dalam Larian Obor KL2017 yang telah bermula di Johor pada 13 Mei 2017 lalu dan akan berakhir di Putrajaya pada 6 hingga 12 Ogos 2017 nanti.

Kemuncak larian akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dimana api akan dinyalakan bersempena dengan malam pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017 akan datang dan hanya akan dipadamkan ketika upacara penutup, bagi menandakan tamatnya temasya sukan ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI