MERIAH SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT KAMPUS KEJURUTERAAN

Untitled 8

NIBONG TEBAL, 5 Julai 2017 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Kampus Kejuruteraan 2017 di sini hari ini meriah dalam meraikan Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria berkata bahawa kejayaan penganjuran majlis pada tahun ini adalah hasil daripada kerjasama warga kampus daripada peringkat yang tertinggi dan juga kakitangan sokongan.

“Ucapan tahniah dan terima kasih seharusnya disampaikan kepada mereka ini yang telah sama-sama berganding bahu serta menyumbang tenaga dalam memastikan kelancaran program yang turut dihadiri oleh pelajar ijazah tinggi ini,” kata Azazi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC).

“Saya juga berasa sukacita atas kehadiran lebih daripada 1000 orang warga kampus yang hadir dalam memeriahkan majlis ini sambil menyertai acara jamuan makan yang telah disediakan oleh Pusat Islam Kampus Kejuruteraan ini,” tambah Azazi lagi.

Untitled 7

Untitled 5

Selain daripada itu, majlis pada tahun ini turut meraikan Mantan-mantan Pengarah, Mantan-mantan Timbalan Pendaftar Kampus Kejuruteraan sebagai menghargai sumbangan-sumbangan mereka yang terlibat ini dalam pembangunan kampus Kejuruteraan sejak di Kampus Tronoh, Perak lagi.

Untitled 6

Melalui majlis tahunan ini juga, keseluruhan warga kampus digalakkan untuk terus bekerjasama dan memanfaatkan Bulan Syawal sebagai bulan untuk menambah pahala dan ganjaran seperti yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

DSC 0641Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pendaftar, Profesor Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin melalui ucapan beliau dan menyeru agar setiap daripada mereka yang hadir istiqamah untuk sentiasa melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah swt tanpa perlu menunggu Bulan Ramadhan kembali pada tahun hadapan.

“Semoga setiap amalan yang telah kita semua laksanakan sepanjang Ramadhan tahun ini juga akan menjadikan kita semua insan yang lebih baik untuk kebaikan kita di USM secara bersama,” tambah beliau.

Untitled 9Di majlis yang sama turut disampaikan hadiah-hadiah Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) USM kepada para pemenang oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail sambil diiringi oleh Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria selaku Pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) dan Naib Pengerusi, Encik Said Saidin.

Turut sama hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI