PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KAMPUS KEJURUTERAAN USM - BERBEZA DENGAN MATLAMAT YANG SATU

DSC 49791

NIBONG TEBAL, 3 September 2017 – Menghidapi Spina Bifida tidak menghalang, Muhammad Razin Salim, 19, untuk mendaftar sebagai salah seorang daripada 604 orang pelajar baharu Sidang Akademik 2017/2018 di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

WhatsApp Image 2017 09 06 at 9.30.26 AM

Malah, pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan masing-masing 7A dan 9A ini sangat positif dalam menempuhi hari-hari yang akan datang sebagai salah seorang pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik.

“Saya berbesar hati terpilih untuk menjadi sebahagian daripada pelajar baharu USM dan berharap agar tidak wujud jurang perbezaan antara saya dan pelajar-pelajar lain kelak.

“Apatah kursus ini akan membuka lebih banyak peluang kepada saya untuk meneroka ke dalam bidang kejuruteraan yang saya minati dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kejayaan saya dalam dunia pekerjaan di masa akan datang,” tambah beliau.

Spina bifida adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kecacatan kepada tulang belakang penghidapnya hanya terjadi satu dalam 1000 kelahiran.

WhatsApp Image 2017 09 06 at 9.30.23 AM

Seorang lagi pelajar baharu, Parrathen, 21, menyifatkan pendaftaran beliau sebagai pelajar kejuruteraan adalah satu permulaan baharu bagi beliau yang sebelum ini pernah mengikuti kursus Bioperubatan di Kampus Kesihatan USM.

“Walaupun melalui kursus yang berbeza, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam menggenggam segulung ijazah di universiti ini.

“Saya ingin menunaikan impian ibu saya yang pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi salah seorang daripada pelajar di sini tapi tidak kesampaian suatu masa dahulu,” kata Parrathen yang akan mendaftar di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) ini.

WhatsApp Image 2017 09 06 at 9.30.25 AM

Hiew Yen Kei, 19, pula menyatakan kedudukan USM sebagai salah satu daripada tiga universiti terbaik di Malaysia dan fasiliti bertaraf dunia yang disediakan kepada pelajarnya menjadi faktor pemilihan beliau untuk mendaftar. Hiew akan menyertai Parrathen sebagai salah seorang daripada pelajar di PPKK.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI