USM CATAT PENCAPAIAN TERBAIK DI IDEERS 2017

Ideers 2017 3

Sekumpulan empat pelajar tahun empat dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadikan Universiti dan Malaysia berbangga melalui Introducing and Demonstrating Earthquake Engineering Research for Schools (IDEERS) yang telah diadakan di Taipei, Taiwan pada 22 hingga 23 September 2017 baru-baru ini. Diselia oleh Profesor Madya Dr. Lau Tze Liang, pasukan ini dianggotai oleh Pasukan USM Han Wai Kit, Chong Hong Rui, Tan Chin Guanyang dan Cheah Yi Ben yang bertindak sebagai ketua pasukan.

Pasukan yang diuruskan melalui kerjasama antara The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan USM ini berjaya menjadi naib johan Quake-Resistant Certificate and Best Design Concept Exhibition Award bagi kategori Sarjana Muda. Empat puluh sembilan pasukan antarabangsa dari Asia Tenggara, Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Ideers 2017 4

Pertandingan ini turut diadakan dengan kerjasama daripada National Center for Research on Earthquake Engineering (NCREE), National Applied Research Laboratories (NARLabs) dan British Council (BC). Melalui pertandingan ini, setiap pasukan perlu membina model bangunan menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam masa enam setengah jam. Semua model kemudiannya diuji untuk pelbagai peringkat gerak gempa dwiarah (250 gelen hingga 800 gelen) yang disimulasikan menggunakan meja getar.

Ideers 2017 1

Ini merupakan kali kedua pasukan USM mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pengalaman yang ditimba dari tahun-tahun sebelumnya dan bimbingan dari pasukan terdahulu telah menyumbang kepada kejayaan ini. Pasukan kali ini telah menunjukkan usaha keras dalam membina dan menguji model ciptaan yang mempunyai kekuatan sehingga 700 gelen dari simulasi gerakan tanah gempa sebelum pertandingan sebenar berlangsung. Pencapaian luar biasa ini telah menunjukkan peningkatan dalam kesedaran dan pemahaman yang lebih baik mengenai reka bentuk struktur bangunan tahan gempa di kalangan pelajar Kejuruteraan Awam USM. Pertandingan ini juga telah memberi inspirasi dalam mendidik para jurutera masa hadapan akan kepentingan mereka bentuk struktur yang kalis gempa.

Penghargaan khas ditujukan kepada para penaja iaitu Wendy General Electrical Refg Air-Cond Engineering, Kooi Keat Architect, One Smart Engineering Sdn. Bhd., Jawi Chai Steel Engineering, MS Instruments (SEA) Sdn. Bhd. dan YCT Computer Centre Sdn. Bhd. atas sokongan padu dan  penajaan penerbangan serta pengangkutan sepanjang empat ahli pasukan yang terlibat berada di Taiwan. Sebahagian perbelanjaan harian turut ditaja oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan teknikal PPKA, Abdullah Md Nanyan, Mohd Taib Yaacob dan Mad Fadzil Ali, atas bantuan mereka dalam pembinaan model dan ujikaji yang dilakukan.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI