ERATKAN UKHWAH MELALUI GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

DSC 7211

NIBONG TEBAL, 11 Oktober 2017 - Program gotong-royong Bubur Asyura yang diadakan di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengeratkan ukhwah dari kalangan komuniti kampus kejuruteraan.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Unit Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan, Muhammad Shukri Osman ketika program yang berlangsung bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Tahun 2017/1439H di sini hari ini.

Syukri melalui ucapan beliau turut menyuarakan saranan Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria yang mahu nilai-nilai positif yang diterapkan melalui gotong-royong seperti ini

“Malah, ianya turut menjadi harapan Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor. Azazi Zakaria agar nilai-nilai positif yang digarap melalui gotong-royong ini dapat menyeimbangkan antara Key Performance Indicators (KPI) dan Key Intangible Performance (KIP) warga kampus.

DSC 7220

 “Dan semoga nilai-nilai kerjasama dikalangan kakitangan dan kesediaan pusat-pusat pengajian dalam menaja aktiviti-aktiviti seperti ini mampu memacu ke arah menaikkan nama Kampus Kejuruteraan USM kelak,” tambah Syukri.

DSC 7226

Program anjuran Jawatankuasa Maal Hijrah dan Maulidur Rasul peringkat Kampus Kejuruteraan yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan yang sering dijalankan oleh Pusat Islam.

DSC 7225

Sebanyak tujuh Kawah bubur asyura telah disediakan dan sebanyak 700 bungkus bubur asyura telah berjaya diagihkan kepada mereka yang hadir, anak anak KAFA, para penaja dan juga warga kampus.

Selain daripada itu, bubur asyura ini turut diedarkan kepada 30 Komuniti keluarga Seri Ampangan serta masjid yang berdekatan.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI