LIONS JUARA NORTHERN VARSITY ULTIMATE CROWN (NVUC) 2018

DSC 3080

NIBONG TEBAL, 4 Mac 2018 – Pasukan Lions Berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan Friesbee Northern Varsity Ultimate Crown (NVUC) 2018 yang dianjurkan di Padang Kawad, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Lions mendahului perlawanan bagi Pool A yang meletakkan Pasukan 4.3N sebagai Naib Juara dan Pasukan Nest di tempat ketiga dan seterusnya Berjaya membawa pulang Piala Iringan, Pingat, Sijil dan Wang Tunai berjumlah RM500.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bermula dari 3 Mac 2018 ini memperlihatkan penyertaan 16 pasukan yang terbahagi kepada Pool A dan juga Pool B.

DSC 3051

Bagi Pool B, Johan disandang oleh Team 16 dan diikuti oleh Pasukan Raglan Hawk dan Pasukan Titan masing-masing menjadi Naib Juara dan tempat ketiga.

Selain daripada itu, bagi Anugerah Most Valuable Player bagi kategori wanita Pool A dimenangi oleh Chong Kelly dari Pasukan Stungray manakala bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Ong Shen Yuen dari Pasukan Huricane.

Most Valuable Player untuk Pool B kategori wanita pula dimenangi oleh Adilah Azizah dari Pasukan Titan dan Daren Chua dari Team 16 manakalan Anugerah Khas Spirit of The Game NVUC 2018 menjadi milik Pasukan Boltz.

DSC 3057 tile

DSC 2722 tile

DSC 2798 tile

Antara pasukan lain yang turut sama beraksi adalah Shark Buster, Utara Blue, Kryptic Howl dan RX.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI