PEMBANGUNAN BERPERINGKAT 20 EKAR TANAH TERBIAR MELALUI MOU USM-QSR

DSC 1417

NIBONG TEBAL, 5 Julai 2018 – Seluas 20 ekar kawasan terbiar di dalam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) akan dibangunkan secara berperingkat melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Sains Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapan beliau ketika Majlis Penandatanganan dan Pertukaran MoU yang berkenaan di sini hari ini.

DSC 1317

“Selain daripada itu, pembangunan ini juga akan dapat menjimatkan jumlah tenaga elektrik yang digunapakai oleh kampus ini melalui kewujudan panel tenaga solar yang di kampus ini nanti.

“Malah, projek yang dijangka siap dalam tempoh masa setahun hingga setahun setengah ini, melalui USAINS Holding Sdn Bhd dijangka akan memberikan pulangan kewangan kepada universiti,” kata Asma.

Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan perlaksanaan projek ini merupakan pembangunan pertama seumpamanya di Kampus Kejuruteraan dan kawasan sekitar di mana premis makanan segera pandu lalu (drive-through) seluas 30,000 kaki persegi akan memberi pelbagai manfaat kepada kedua belah pihak kelak.

“Kerjasama ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti sekitar kampus yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial USM sebagai sebuah institusi Pengajian Tinggi.

“Projek ini juga walaupun dijalankan di dalam ‘compound’ universiti, ianya akan turut boleh diakses dan dimanfaatkan secara bersama oleh masyarakat sekitar kampus kejuruteraan ini,” tambah Asma.

DSC 1333

Menurut Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil pula, penandatangan ini merupakan kerjasama komersil pertama QSR Brands dengan universiti awam ke arah pengewangan aset dan penjanaan pendapatan sebagai hasil tambahan bagi kelestarian berterusan dalam portfolio pelaburan syarikat.

“Saya juga amat berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh USM ke atas program-program peningkatan kerjaya dan pensijilan dalaman di bawah kelolaan KFC dan Pizza Hut.

“Malah, kerjasama antara QSR Brands dan USM dalam membangunkan micro-credential degree dalam bidang pengurusan restoran dan pematuhan halal akan membantu pembangunan kerjaya anggota pekerja kami di dalam industri yang serba kompetitif ini,” tambah Azahari.

Beliau turut menyatakan bahawa kolaborasi bersama universiti penyelidikan unggul seperti USM ini juga akan membuka peluang kepada QSR dalam meneroka pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasi di dalam proses pengeluaran dan perkhidmatan syarikat melalui kepakaran universiti ini nanti.

DSC 1313

QSR Brand (M) Holdings Bhd yang merupakan operator francais kepada restoran KFC serta Pizza Hut ini turut terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam bersama-sama dengan pelbagai perniagaan sampingan berkaitan lain.

Selain daripada USAINS Holdings Sdn Bhd, projek lanjutan daripada Program Built-Operate-Long-Lease-Transfer (BOLLT)ini turut diterajui oleh Pihak Pengurusan Kampus Kejuruteraan USM serta pihak pemaju menggunapakai konsep Optimization, Saving dan Income Generation (OSI) di mana ianya akan memaksimumkan keberhasilan setiap pihak yang terlibat melaluinya.

 Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI