32 JURULATIH TERLIBAT DALAM MAJLIS PENYERAHAN PELAJAR KEPADA TPSK

DSC 6059

NIBONG TEBAL, 24 September 2018 – Seramai 32 orang jurulatih hadir di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan di dalam satu majlis simbolik penyerahan pelajar kepada Tenaga Pengajar Sambilan Kokurikulum (TPSK) bagi tahun 2018.

 

Menurut Pengerusi Rancangan Sukan & Kebudayaan, Dr. Azam Taufik Mohd yang menyampaikan taklimat kursus Kokurikulum Berkredit, majlis ini merupakan upacara tahunan wajib untuk setiap pelajar yang mendaftar.

DSC 6074

“Pada tahun ini, sejumlah 644 orang pelajar telah mendaftar untuk kursus kokurikulum.

“Jumlah ini adalah tidak termasuk dengan kursus Palapes Darat, Palapes Laut dan Palapes Udara memandangkan pihak kami masih menunggu maklumat rasmi akan kursus-kursus ini,” kata beliau.

DSC 6080

Selain daripada itu, Azam turut menyeru agar semua tenaga pengajar dan pelajar yang mendaftar untuk menggalas tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah dan beretika.

“Seboleh-bolehnya saya hendak melihat perjalanan kursus-kursus kokurikulum pada tahun ini berjalan dengan lancar tanpa permasalah seminimum yang mungkin.

“Perkara ini adalah tidak mustahil memandangkan jurulatih yang terpilih terdiri dari kalangan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing,” tambah Azam dalam upacara yang dianjurkan oleh Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

DSC 6090 2

Di majlis yang sama beliau turut menyampaikan permohonan maaf kepada semua bagi pihak Penyelarasnya, Dr. Mohd Salman Abu Mansor yang tidak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat beliau elakkan.

Antara kursus yang terlibat dalam penyerahan kali ini adalah seperti WSC 105 (Bola Tampar), WSC 110 (Memanah), WSC 111 (Ping Pong), WSC 113 (Senamrobik), WCC 117 (Teater Moden) dan WCC 115 (Tarian Moden).

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI