3,000 PELARI MERIAHKAN PEACE ROAD CHARITY RUN 2018

hjkfuk

PULAU PINANG, 30 Sept. 2018 - Seramai 3,000 orang pelari hari ini berkumpul membanjiri Padang Minden Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memeriahkan program Peace Road Charity Run 2018.

 

Hujan yang turun tidak sedikit pun mematahkan semangat pelari-pelari malah ramai yang datang dengan ahli keluarga seawal subuh lagi untuk memberi sokongan kepada acara larian amal ini.

ggfh

Bertemakan "One Nation One Heart", program anjuran Universal Peace Federation Malaysia (UPFM) bersama Universiti Sains Malaysia (USM), Asia-Pasific University-Community Engagement Network (APUCEN) dan Persatuan Kebajikan Asas Pulau Pinang (PKAPP) berjaya menarik dan menyatukan seramai 3,000 orang peserta berbilang kaum bagi menjayakan program kebajikan ini.

Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Soon Lip Chee berkata, program sebegini wajar diperbanyakkan kerana ia boleh mengumpulkan semua bangsa bagi menyokong isu berkaitan kedamaian dan keharmonian sejagat.

hjkfuk

"Kesedaran terhadap erti keamanan sejagat adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum dan inisiatif menganjurkan program ini mampu memberi impak positif terhadap keharmonian negara ini," katanya ketika merasmikan Peace Road Charity Run 2018 di Padang Minden, USM.

Beliau yang turut mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, selain usaha meningkatkan sumbangan derma untuk golongan kurang berkemampuan, beliau berharap ia mendorong semangat ikhlas berkhidmat kepada komuniti tanpa ada diskriminasi jantina, bangsa, agama dan ideologi politik.

Yang turut hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan dan juga mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Adun Batu Uban, Y.B. Kumaresan Aramugam; Pengarah Universal Peace Federation Malaysia,  Yutaka Yamada; Pengarah Eksekutif APUCEN, Profesor Dato' Dr. Aileen Tan Shau Hwai; Presiden PKAPP, Alagesan Ayaru dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Muhamad Mohd. Hanif.

iykyuk

Pada majlis yang sama, Nor Azazi turut mengharapkan program berimpak tinggi ini mampu mempromosikan budaya jaringan universiti-komuniti yang proaktif, inklusif dan holistik selain seiring dengan kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan.

"USM sentiasa menyokong usaha badan-badan yang menganjurkan program keamanan dan pastinya peserta yang berkumpul pada pagi ini mempunyai iltizam tinggi mencintai keamanan dan memahami budaya berbilang kaum di negara ini," katanya.

Beliau turut berharap program Peace Road Charity Run ini dapat diketengahkan ke peringkat global agar dunia mampu melihat usaha Malaysia memperjuangkan keamanan dan hak asasi manusia.

ghjfukjuk

Pada majlis tersebut para kenamaan juga berkesempatan melepaskan peserta larian bagi kategori larian sejauh 3.6 km dan 7 km, dan turut bersama-sama menyempurnakan larian sejauh 3.6 km di dalam kampus.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI