BEKERJA BERSAMA-SAMA UNTUK UNIVERSITI

Iftar2015 1795

NIBONG TEBAL, 10 Julai 2015 - Warga Universiti Sains Malaysia (USM) diseru untuk bekerja lebih kuat dan bersama-sama memainkan peranan untuk pembangunan universiti melalui pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang untuk membawa universiti lebih ke hadapan.

 

iftar2014 1815

Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Kasih Ramadhan Menjelang Aidilfitri Kampus Kejuruteraan di Ruang Legar Pusat Islam, di sini, hari ini.

iftar2015 1799

Jelas Omar, USM menjadi wadah perpaduan dan kekuatan ummah melalui pelbagai aktiviti yang diadakan seperti bergotong royong mengadakan majlis iftar yang mampu memberi impak yang amat positif dalam merapatkan semangat ukhwah, bekerjasama dan tolong- menolong dalam kalangan warganya.

iftar2014 1831

“Universiti amat prihatin terhadap peranan yang dimainkan oleh warga USM keseluruhannya dalam bersama-sama membangun dan menaikkan nama universiti,” ujar Omar lagi.

iftar2015 1870

Naib Canselor kemudiannya menyampaikan sumbangan Kasih Ramadhan berupa makanan dan barangan keperluan asas kepada 41 orang yang terdiri daripada pencuci kontrak dalam Kampus Kejuruteraan serta masyarakat sekitar kampus yang dikenalpasti sebagai tidak berkemampuan.

iftar2015 1885

Pada majlis yang sama, Penghargaan Khas turut diberi kepada Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Profesor Dr. Lee Keat Teong dan Penolong Pegawai Farmasi dari Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan, Anis Shuhada Soon Abdullah yang banyak memberi sumbangan melalui potongan gaji untuk kebajikan warga USM Kampus Kejuruteraan.

iftar2015 1889

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan dan isteri Datin Suraiya Kassim; Pengarah Pusat Islam Profesor Dato Dr. Muhammad Idiris Saleh; Pengarah Kampus Kejuruteraan Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak serta dekan-dekan dan pegawai-pegawai utama universiti. - Teks: Siti Naquiah Abdillah, Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin.

iftar2015 1881

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI