TIADA RANCANGAN UNTUK JADIKAN USM KLON UNIVERSITI LAIN

DSC 6397

NIBONG TEBAL, 12 November 2019 – Tiada perancangan untuk menjadikan Universiti Sains Malaysia (USM) klon kepada universiti-universiti lain di Malaysia.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselornya, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dalam satu lawatan kerja selama dua hari di Kampus Kejuruteraan USM bermula semalam.

“Sebaliknya, saya mengambil dasar untuk melihat agenda-agenda lain yang lebih kehadapan di masa akan datang.

“Malah, kita akan mengkaji dengan lebih terperinci akan perkara-perkara yang selama ini merupakan batu penghalang untuk kita menjadi yang terbaik selama ini dan berusaha untuk mengatasinya,” kata beliau.

DSC 6295

DSC 6361

Bermula dari 11 hingga 12 November 2019, lawatan Faisal kali ini bukan sahaja terarah kepada pusat pengajian semata-mata, beliau turut meluangkan masa untuk bertemu dengan pelajar antarabangsa dan komuniti kampus dari kalangan B40.

Beliau turut menggesa agar pusat pengajian meluaskan fokus masing-masing dengan memberi lebih tumpuan kepada semua dan tidak terhad kepada kakitangan akdemik sahaja.

“Beri peluang kepada semua pihak secara sama rata di mana setiap seorang daripada warga kampus berhak untuk mendapat pendedahan dan sokongan yang adil tanpa mengira status atau jawatan masing-masing,” tambah Faisal.

DSC 6371

DSC 6549

Faisal juga menyatakan bahawa kakitangan akademik perlu berusaha untuk mengatasi perbezaan dalam memberikan sesuatu yang berimpak dan melawan beban mengajar masing-masing pada masa yang sama.

“Perkara ini adalah kerana kita mahu mempromosikan USM bukan atas sifat individu pensyarah atau pusat pengajiannya, tetapi kita mahu menjadikan semua kursus di universiti ini bergerak cemerlang melalui sokongan antara satu sama lain,” kata beliau lagi.

Selain daripada itu, Naib Canselor dalam lawatan ini menekankan agar Indeks Kegembiraan (Happiness Index) universiti selepas ini dimulakan dari kalangan pelajar.

“Tiada maknanya jika cuma kakitangan yang gembira dan pelajar adalah sebaliknya.

“Oleh kerana itulah, salah satu daripada usaha dan menjadi KPI kita untuk membawa lebih banyak penyertaan industri kepada universiti yang akan membuka peluang serta pengalaman yang kelak dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar,” tambah Faisal.

DSC 6976

DSC 6718

Dalam hari terakhir lawatan, warga kampus turut berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara Kampus Induk menentang Kampus Kejuruteraan USM dan Profesor Dr. Faisal Rafiq menjadi antara kesebelasan utama pemain.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI